CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 27, 2013

Tranexamic acid for whitening injection

Ok..semua dok nk muka cantik..dok nak muka putih..walopon azali nya mmg da gelap..termasuk la aku..
so, kawan aku terbaca kat satu blog nie berkaitan dengan produk kecantikkan nie..kate nye boleh...but bile aku tanye KKM jawapan die bagi adalah..produk tu berdaftar atas kawalan dadah..bukannye produk kecantikkan..daftar tu mmg berdaftar tapi badan bertaftar lain taw kengkwn..so, kne tw gak ye...salah gune badan kite yang padah...coz suntihkan nie terus ke dalam salur darah kite..xde tapis2..tu yg kesan die pon cepat je...jadi aku lampirkan la skali email dari pihak aku dan pihak KKM..harap dapat membantu bagi sesape yg belum membuat pengambilan dan bercadang utk buat pengambilan...da~~~


kecantikkan itu hak milik setiap insan, akan tetapi jangan kerana taksub akan kecantikkan kite merana di masa hadapan.. da~~ salam...



Salam Cik Nor Munirah,


Dengan hormatnya saya merujuk kepada pertanyaan puan berkenaan produk Tren Acid Injection (seperti di dalam laman web yang dilampirkan).

2.            Setelah semakan dijalankan, pihak kami mendapati bahawa produk Tren Acid Injection adalah produk yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dengan nombor pendaftaran MAL19900485A. Walaubagaimanapun, produk tersebut hanya diindikasi untuk ‘Treatment of haemorrhage, or threatened haemorrhage, associated with excessive fibrinolysis. It is also used in the management of haemophiliacs undergoing dental extractions and in the prophylaxis of hereditary angioedema.’ Dan bukan untuk kegunaan kecantikan.

3.            Puan adalah dinasihatkan untuk tidak menggunakan produk tersebut untuk tujuan selain daripada indikasi yang disebutkan di atas memandangkan produk tersebut tidak didaftarkan dengan indikasi untuk kegunaan kecantikan.

4.            Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang aduan berkaitan produk tersebut, puan boleh hubungi :

SEKSYEN SURVEILANS & ADUAN PRODUK
PUSAT PASCA PENDAFTARAN PRODUK
BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
LOT 36, JALAN UNIVERSITI,
46200 PETALING JAYA, SELANGOR.
Tel    : 603-7883 5400 SAMBUNGAN 5547/8549/5551/8545/5546
Faks : 603-7956 7151

Sekian terima kasih.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Lot 36, Jalan Universiti,
46350 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-78413200
Faks : 03-79682222




----- Forwarded message from normunirah88@gmail.com -----
    Date: Mon, 21 Oct 2013 23:45:11 +0800
    From: normunirah88@gmail.com
Reply-To: normunirah88@gmail.com
Subject: [Pertanyaan / Maklum Balas KKM] tranexamic acid
      To: kkm@moh.gov.my


*************************************************************
     Pertanyaan / Maklum Balas Kementerian Kesihatan Malaysia
*************************************************************

Nama    : nor munirah
No. KP  : xxxxxxxxxxxxx
No. Tel : xxxxxxxxxx
Email   : normunirah88@gmail.com
Website :

Perkara : [Pertanyaan / Maklum Balas KKM] tranexamic acid
Butiran :

(link sebuah blog berkenaan dengan tranexamic acid tidak boleh didedahkan atas dasar tidak mahu mengaitkan sesiapa)

di blog ini menceritakan pengambilan tranexamic acid bagi tujuan memutihkn
kulit..saya ingin tahu bahawa adakah boleh digunakan utk urusan
kecantikkan?

2 comments:

hadani lubis said...

Haha... pelik gak aku ngan testi org2 yang pakai produk ni..

Anonymous said...

putih tipu je la tuu... 360.. edited

Post a Comment